Isnin, 6 Ogos 2012

Pemulihan dan Pengayaan

Pemulihan
1.1  Konsep Pemulihan

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246)
“Pulih” bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). “Pemulihan” bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.


Syarifah Alawiah Alsagoff (1983)
Pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.


Ishak Harun dan Koh Boh Boon (1983)
Pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi pembelajaran di sekolah biasa.


O. C. Simpson (1975)
Aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.



Blair (1956)
Pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran.

            Jelaslah konsep pemulihan adalah berkaitan membentuk semula penguasaan pelajar dalam penguasaan kemahiran asas yang menekankan kepada pendidikan pemulihan.Program pemulihan disediakan bagi membantu murid mengatasi masalah kelemahan khusus dalam pembelajaran terutamanya dalam penguasaan kemahiran asas.Satu pendekatan telah digunakan secara klinikal untuk merawat kesukaran belajar atau masalah dalam pembelajaran yang dihadapi oleh murid.Pengelolaan pemulihan tersebut adalah dalam bentuk kelas biasa dan kelas khas.
            Menyedari hakikat inilah,  Jabatan Pendidikan Khas di bawah Kementerian Pelajaran  Malaysia telah mengarahkan pihak sekolah melaksanakan program pemulihan khas secara sempurna dan berkesan.Pelaksanaan program ini akan membantu pelajar mencapai objektif menguasai kemahiran-kemahiran asas.

Rabu, 1 Ogos 2012

Perkembangan hari kedua.

Belajar edit blog dari rakan sekerja, saudara Azlan yang sudi membantu.
Jasa anda dihargai.