Khamis, 4 Oktober 2012


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Tahun

4 Perdana

Tarikh / Masa

05 September 2012 , 7.45 pagi – 8.45 pagi

Bilangan murid

30 orang

Mata Pelajaran

Bahasa Melayu

Tema

Hasil tani meningkatkan ekonomi

Tajuk

Hasil Pertanian

Fokus Utama

9.3 Menyusun maklumat daripada nota atau catatan hasil daripada bahan yang didengar atau dibaca secara kohensif.
Aras 1 (i) Menulis maklumat mengikut prosedur yang betul


Fokus Sampingan

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 3 (i) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.

Objektif

Sepanjang sesi pembelajaran, murid dapat ;
1. Menulis prosedur pengetinan nanas mengikut urutan yang betul dalam bentuk carta alir.
2. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan manarik.
3. Menyenaraikan 4 daripada 6 maksud kosa kata secara menaip dengan menggunakan e-kamus.

Kemahiran Berbahasa
Mendengar
Bertutur
Membaca                              Bacaan Mekanis
Menulis                                 Carta aliran tentang pengetinan nanas
Sistem Ejaan
Sebutan dan Intonasi           Ayat Penyata
Kosa kata                             disteril,kuman,tempatan,pertanian,kiub
                                             Dan dipateri.


Ilmu

Geografi , Ekonomi

Nilai murni

Kerjasama, Tolong-menolong

Kewarganegaraan

                        -

Kemahiran Bernilai Tambah
i.Kemahiran berfikir                                Mengorganisasi
ii.Kemahiran Teknologi Maklumat                   -
   dan komunikasi.
iii.Kemahiran belajar cara belajar          Menggunakan kamus
iv.Kajian masa depan                                     -
v.Kecerdasan pelbagai                         Verval linguistik
vi.Konstruktivisme                                          -
vii.Kontekstual                                      Kegunaan nanas dalam            
                                                             kehidupan

Media

Buku teks,lembaran kerja,buku latihan,kad gambar nanas dan power point.

Pengetahuan sedia ada

Murid biasa makan buah nanas.


Langkah/masa

Isi kandungan

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Catatan

Set Induksi
( 5 minit )

Jem nanas yang dipaparkan.
i.Apakah nama jem yang dilihat?
ii.Di manakah kita boleh menjumpai buah ini ?


i.Guru meminta 5 orang pelajar untuk menyebut jenis jem dari jenis buah.
ii.Pelajar lain akan memberi jawapan berdasarkan pemerhatian mereka pada paparan skrin.
iii.Semua pelajar akan menyenaraikan nama jem mengikut gambar buah.


Jenis-jenis buah yang boleh menghasilkan jem.

Langkah 1
( 15 minit )

Petikan teks
“Hasil Pertanian”

i.Murid-murid diminta membaca petikan teks bertajuk hasil pertanian.

ii.Kemudian ,guru meminta beberapa orang murid membaca teks tersebut dengan kuat secara individu dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.

iii.Seterusnya, aktiviti membaca secara berkumpulan


Petikan teks



Verval linguistik

Bacaan mekanis
Objektif 2



Kerjasama,tolong-menolong.

Langkah 2
( 25 minit )

Lembaran carta aliran

i.Guru mengedarkan lembaran carta aliran kepada setiap murid.

ii.Kemudian, murid dikehendaki menulis dan menaip dalam tapak pembelajaran semula tentang cara
nanas ditinkan dalam bentuk carta alir yang disediakan.

iii.Kemudian, guru meminta beberapa orang murid membacakan dan menayangkan hasil jawapan mereka yang tercatat pada carta aliran di papan skrin.


Lembaran carta aliran.

Objektif  1

Langkah 3
( 10 minit )

Kosa kata :
Pertanian
Tempatan
Kiub
Kuman
Dipateri
disteril
     

i.Guru meminta murid mencari makna kosa kata yang diberikan dengan menggunakan e-kamus secara berkumpulan.

ii.Kemudian, murid perlu menaip maksud kosa kata tersebut pada tapak pembelajaran mereka.

iii.seterusnya, murid akan membaca dan menayangkan maksud kosa kata tersebut pada paparan skrin.

Objektif 3




Kerjasama

Tapak pembelajaran

Sistem bahasa
Kosa kata
BCB
Menggunakan
 e-kamus


Pentaksiran

Petikan teks
“Hasil Pertanian”

Carta alir


Maksud kosa kata

i.Murid dapat membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik

ii.Murid dapat menaip prosedur pengetinan nanas mengikut urutan yang betul pada carta aliran yang disediakan.

iii.Murid dapat menaip 4 daripada 6 maksud kosa kata yang diberikan dengan betul pada tapak pembelajaran mereka.

Petikan teks



Lembaran kerja




Buku latihan





Pemulihan

Senaraikan nama buah-buahan tempatan.

i.Guru memberikan lembaran pemulihan kepada murid.



ii.Kemudian, murid dikehendaki menyenaraikan nama buah-buahan tempatan yang diketahui pada lembaran yang disediakan oleh guru.


Latihan pemulihan



Murid pemulihan dibimbing oleh guru dalam menjawab latihan.

Pengayaan

Muat turun gambar buah-buahan tempatan.

i.Guru memberikan lembaran pengayaan kepada murid.

ii.Kemudian, murid dikehendaki memuat turun gambar buah-buahan yang mereka gemari.



Latihan pengayaan







Penutup
( 5 minit )

Teka-teki buah-buahan tempatan.

i.Guru mengarahkan pelajar menyiapkan soalan teka-teki melalui tapak pembelajaran.

ii.Kemudian, guru meminta beberapa pelajar menayangkan paparan jawapan mereka.

iii.Perbincangan jawapan yang betul.




Tapak pembelajaran berbentuk soalan






















Hasil  Pertanian

Buah-buahan yang ditinkan merupakan sebahagian daripada hasil pertanian. Kini, buah dalam tin semakin digemari. Antara buah-buahan tempatan yang ditinkan ialah nanas. Tahukah kamu cara nanas ditinkan ?
            Mula-mula, nanas dikupas kulitnya. Kemudian, isi nanas dipotong kecil, iaitu berbentuk kiub dan bulat. Nanas yang dipotong ini dimasukkan ke dalam tin. Selepas itu, air gula dan sirap dimasukkan ke dalam tin tersebut.
            Seterusnya, tin perlu dipateri. Setelah itu, tin tersebut disteril untuk menjauhkan kuman. Akhirnya, tin tersebut dilabel dan dimasukkan ke dalam kotak untuk dijual.

e-kamus
Steril – Terpelihara daripada kuman.
Kiub   - Berbentuk empat segi seperti dadu.










Nama  : _______________________________________________
Tarikh : ___________________________________
Kelas   : ___________________________________
Arahan : Tulis/taip semula cara nanas ditinkan dalam bentuk carta alir.
Kulit nanas  dikupas.
 


















Latihan Pemulihan.
Arahan : Nyatakan nama buah-buahan tempatan yang kamu kenali.













                                                    Buah-buahan tempatan
















Latiahan Pengayaan

Arahan : Muat turun gambar buah-buahan tempatan yang kamu gemari.

 





















Tiada ulasan:

Catat Ulasan